Isnin, 20 Julai 2009

Aduhai 4 orang Isteriku..

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang
mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri
yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan
yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang
tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak
hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik
untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga.
Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering
berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki
yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga
sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang
sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun
apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu
meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah
tempat bergantung. Dia selalu menolong dan
mendapingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia
adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering
membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah
yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha
si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu
mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu
saying kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu
memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia
menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak
lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan
indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku
punya empat orang isteri. Namun, apabila aku
meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika
aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan
kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya,
"Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan
perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati,
mahukan kau mendapingiku dan menemaniku?" Isteri
keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab
isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaj tanpa
berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan
hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan
menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada
isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati,
dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau
ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri
ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku
akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu
terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku
selalu berpaling padamu setiap kali mendapat
masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku
perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah
kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua
menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu
menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu
keliang kubur saj. Nanti, akan kubuatkan makam yang
indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si
pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar
satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan
ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan
meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si
pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan
mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.
Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya
seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si
pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu
melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan
kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri
dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT
adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan
belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya
tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia
akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada
keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita
menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan
kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi
kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan
melupakan kita yang pernah memilikinya.>

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman.
Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka,
mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya
sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan
amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan
melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.
Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah
yang mampu untuk terus setia dan mendampingi
kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu
menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal
kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal
kemudian hari!...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan