Selasa, 21 Julai 2009

DOA

DOA merupakan senjata bagi orang Islam. Ini sebenarnya adalah hadiah Allah
untuk kita. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Ada kalanya kita rasa kita telah berkali-kali berdoa tapi Allah belum
memperkenankannya. Selain itu adalah ujian dari Allah ingin menguji
keikhlasan dan keimanan kita. Kita juga perlu mengkaji di mana silapnya
kita. Sebenarnya banyak perkara yang boleh menjadi hijab atau penghalang
kepada doa-doa kita itu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa
besar yang pernah kita lakukan dan salah satu cara untuk mengatasinya
dengan bertaubat nasuha yakni taubat yang sungguh-sungguh.
Di sini dibentangkan lapan belas perkara yang menjadi hijab atau penghalang
doa:

1. Orang yang membunuh orang lain tanpa tujuan.

2. Orang yang menaburkan cerita yang belum tentu sahih

3. Orang yang melakukan pekerjaan yang serupa binatang.

4. Orang yang mengekalkan minum arak atau benda-benda lain yang boleh
memabukkan. ALLAH telah berfirman: "Sesungguhnya syaitan itu
bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara
kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi
kamu dari mengingati ALLAH dan sembahyang, maka berhentilah kamu
dari mengerjakan pekerjaan itu. " AI Maidah: 91. Keterangan di atas
sesuai dengan Hadis Rasulullah SA W yang bermaksud 'Semua minuman
yang memabukkan adalah arak dan semua arak adalah haram.
" Riwayat Muslim

5. Orang yang mengekalkan zina, iaitu dosa besar yang tidak akan
diampunkan selama-lamanya.

6. Orang yang menderhakai ibubapanya atau salah seorang daripadanya.
ALLAH telah berfirman; "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya
kamu jangan menyembah selain dari-Nya dan hendaklah kamu berbuat
baik kepada kedua ibubapa. Jika seseorang di antara keduanya atau
kedua-duanya telah tua jangan kamu keluarkan perkataan kasar
terhadap keduanya dan hendaklah kamu ucapkan perkataan yang mulia
(lemah-lembut).Rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya
dan hendaklah engkau katakan "Wahai Tuhan kasihilah kedua ibubapa
kami dan berilah Rahmat-Mu. Biasanya terhijab doa adalah kerana
dosa-dosa besar.....Untuk mengatasinya bertaubatlah dengan taubat
nasuha;
taubat yang sungguh-sungguh kepada keduanya, sebagaimana mereka
mendidik kami di waktu kecil." Al Israk: 23-24

7. Orang yang mengerjakan suatu pekerjaan yang menyalahi syariat
seperti bermain silap mata.

8. Ahli nujum yang mengkhabarkan nasib orang lain sedangkan kehidupan
kita dari alam roh hingga ke akhir hayat telahpun ALLAH tetapkan sejak
azali lagi.

9. Orang yang hasad dengki sesama umat Islam. Dia suka orang lain
ALLAH timpakan bala malah mencemburui seandainya orang lain yang
dikurniakan nikmat Tuhan.

10. Orang yang suka mengadu domba, memukul canang kepada orang lain
supaya timbul pecah-belah antara kedua belah pihak. Kadangkala
mengakibatkan kedua-dua pihak itu tidak bertegur sapa selama
lebih dari tiga hari tanpa keuzuran syarie.

11. Orang yang suka mengumpat hal orang lain terutama terhadap
orang-orang alim yang cinta dengan ALLAH

12. Orang yang mengambil cukai dari harta manusia tanpa redha mereka.
Inilah perkara yang paling ditakuti kerana ketika di dalam kubur lagi
akan ditimpakan azab yang pedih.

13. Orang yang menjual barang dengan cara yang haram, mengangkat jual
beli dengan sumpah yang dusta, contohnya menaikkan harga barang-barang
dua tiga kali gandanya dari harga asal. Menipu dalam sukatan dan
timbangan dan memakan harta riba.

14. Orang yang membenci para sahabat Rasulullah SAW.

15. Orang yang menunjuk-nunjuk diri dengan gayanya yang lemah-longlai
seperti mayang di depan orang lain supaya mereka merasa kagum
dengan kecantikkannya.

16. Orang yang bermain catur dan judi.

17. Orang yang bermain gendang yang kecil di tengahnya, luas di kedua
tepinya tetapi tepi yang ada kulit itu lebih luas daripada yang tiada berkulit.
Kalau di zaman sekarang ini kompang dan gendang yang dibubuh
lingkaran rotan di dalamnya supaya terdengar bunyi gentanya yang
mengasyikkan.

18. Orang yang bermain rebab, biola dan seruling (serunai). Oleh itu
sebagai nasihat kepada kita bersama, jika kedapatan perkara-perkara yang
dibentangkan itu pada diri kita, bertaubatlah segera dengan
taubat nasuha. Agar kita mendapat falah (kemenangan) di Akhirat sebelum
datangnya maut. Tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh
melalaikan kita dari mengingati ALLAH juga perkara-perkara yang
menjauhkan diri kita dari-Nya. Semuga ALLAH SWT menggantikan dengan sebesar-besar kurnia dan RahmatNya sebagai penutup segala perbuatan jahat yang lampau. Allah telah berfirman; "Sesungguhnya segala amal yang
baik menghapuskan akan segala perbuatan yang jahat. "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan